1. Bilakah permohonan pemfailan Harta Intelek dibuka?
Permohonan Harta Intelek dibuka sepanjang tahun.
2. Siapakah yang layak untuk memohon pemfailan Harta Intelek?
Semua staf Akademik dan staf Bukan Akademik UTeM.
3. Siapakah yang akan menanggung kos pemfailan Harta Intelek?
Kos pemfailan Harta Intelek akan ditanggung menggunakan peruntukkan CRIM dengan syarat permohonan tersebut diluluskan.
4. Adakah pemfailan Harta Intelek diperlukan sekiranya penyelidik ingin menyertai pertandingan rekacipta?
Pemfailan Harta Intelek adalah diperlukan sekiranya penyelidik berjaya terpilih menyertai pertandingan.
5. Adakah dibenarkan untuk publish setelah membuat pemfailan?
Boleh
6. Apakah kriteria yang dibenarkan untuk permohonan UI?
Permohonan UI akan diteruskan sekiranya mempunyai kolaborasi dengan industri kerana semasa pemeriksaan oleh pihak MyIPO kriteria yang
diperlukan adalah laporan setiap tahun daripada industri
7. Adakah formula matematik dibenarkan untuk permohonan IP?
Tidak kerana formula matematik adalah untuk kegunaan public.
8. Apakah jenis perlindungan trademark yang terbaik?
Perlindungan yang terbaik sekiranya mohon trademark adalah word mark kerana ia akan protect untuk semua
9. Bilakah tempoh masa untuk permohonan PCT?
Dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pemfailan
10. Bagaimanakah cara untuk expedited permohonan Patent/UI?
Pemohon boleh memohon untuk expedited selepas 16 bulan dari tarikh priority date/filing date. Ia nya mengambil masa 2 bulan dari tarikh permohonan
untuk dapatkan laporan pemeriksaan (examination report). Maka dengan ini, sekiranya permohonan lengkap, pemohon boleh
mendapatkan waran paten (patent granted) dalam tempoh 20 bulan daripada tarikh pemfailan.
Kos yang terlibat untuk permintaan untuk expedited adalah lebih kurang sebanyak RM2500
11. Adakah inovasi/ciptaan yang telah di publish boleh untuk mohon IP?
Untuk permohonan pemfailan paten/UI dalam tempoh setahun daripada tarikh publish.
12. Apakah yang dilindungi oleh Copyright?
Copyright hanya melindungi karya bukan teknologi yang dicipta.
13. Bolehkah penyelidik UTeM untuk membuat permohonan IP terus kepada pihak MyIPO?
Boleh dengan syarat pemilik bagi inovasi tersebut adalah UTeM. Permohonan perlu memaklumkan kepada UCC secara bertulis sekiranya telah
membuat pemfailan dan memberi justifikasi mengapa membuat pemfailan tanpa melalui UTeM sekiranya permohonan tersebut unuk tujuan
mendapatkan surat pengesahan permohonan bagi kenaikan pangkat.
14. Apakah langkah pertama untuk memohon proses muat naik aplikasi di apple store atau play store?
Pemohon perlu membuat permohonan trademark sebelum memohon untuk memuat naik aplikasi di apple store atau play store
15. Bolehkah membuat MoA dan Permohonan IP dalam masa yang sama?
Boleh
16. Bolehkah penyelidik bersama terdiri daripada nama institusi/syarikat/entiti bagi permohonan copyright?
Tidak boleh. Penyelidik bersama di dalam permohonan copyright perlu di atas nama individu.
17. Mengapa bagi permohonan paten/UI perlu melalui ejen paten dan tidak terus kepada pihak MyIPO. Ini akan melibatkan kos yang tinggi?
Ini adalah kerana di UTeM tidak mempunyai kepakaran dalam membuat drafting dsb. Setiap paten agent memerlukan kepakaran atau kelayakan yang
diiktiraf oleh pihak MyIPO kerana mereka perlu mendapatkan lesen sebagai patent agent. Maka dengan itu, kos bagi permohonan patent agak mahal
sekitar RM10,000 dan ia merupakan kos yang standard di Malaysia
18. Adakah IP merupakan syarat sebelum ke pameran?
Ya. Setiap inovasi yang ke pertandingan perlu mempunyai IP atau sekurang-kurangnya telah melalui proses penilaian IP
19. Apakah kriteria penting yang membolehkan untuk permohonan PCT?
Perlu ada market segmentation dan density (iaitu keperluan permintaan di tempat yang berkaitan).