• banner_mte_2024.png
  • Backdrop-UTeM-01-1.jpg

1.    Apakah jenis pameran dan pertandingan inovasi yang disertai oleh UTeM?

 

Pameran dan pertandingan yang diberi keutamaan oleh UTeM adalah pameran yang diiktiraf melalui penilaian MyRA.  Senarai pertandingan dan pameran yang berkaitan pada masa ini adalah seperti berikut (tertakluk kepada kelulusan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) :-

1.1 Dalam Negara

·         Malaysia Technology Expo (MTE)

·         International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX)

·         Persidangan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA)

 

1.2 Luar Negara

·         Seoul International Invention Fair (SIIF) Korea

·         International Invention & Design Fair (iENA) Germany

 

2.    Apakah tanggungjawab dan peranan UCC serta penyelidik?

 

Pusat Pengkomersilan (UCC) bertanggungjawab sebagai urus setia pameran UTeM. Penyelidik yang ingin   memohon menyertai pameran sama ada di Dalam Negara atau Luar Negara perlu memohon melalui UCC.

 

2.1       Sebelum Pameran

·         UCC bertanggungjawab dalam membuka atau menghebahkan pelawaan penyertaan kepada semua pensyarah/penyelidik UTeM.

·         Pensyarah / Penyelidik yang ingin menyertai pameran perlu terlebih dahulu memohon kepada UCC bagi tujuan makluman dan kelulusan.

·         Produk inovasi yang akan dipertandingkan hendaklah dibuat demonstrasi / penerangan oleh Penyelidik / Pensyarah kepada kumpulan penilai yang dibentuk. Kumpulan penilai akan menilai produk inovasi yang layak untuk menyertai pameran. Kumpulan penilai dengan sekurang-kurangnya dua (2) ahli akan dilantik oleh UCC.

·         Penyelidik perlu mendaftar penyertaan produk inovasi dan memberi salinan borang penyertaan kepada UCC berserta lampiran jemputan ke pameran oleh penganjur.

·         Tempahan serta sewaan tapak booth dan yuran pameran untuk pameran terpilih akan diuruskan oleh UCC 
berdasarkan jumlah penyertaan.

·         UCC akan melantik kontraktor booth pameran bagi booth reka bentuk khas mengikut prosedur perolehan UTeM.

·         Pensyarah/Penyelidik hendaklah menyediakan maklumat produk inovasi yang dipamerkan dalam bentuk direktori produk, poster atau brosur.

·         Produk inovasi pameran mestilah telah difailkan sebagai harta intelek. Mana-mana produk yang menyertai pameran tanpa difailkan harta intelek perlu mendaftarnya dalam masa satu (1) bulan daripada tarikh pameran.

·         Hasil penyelidikan yang berpotensi tinggi untuk dikomersilkan mungkin akan ditangguh untuk menyertai pameran sehingga langkah yang perlu diambil untuk melindungi harta intelek berkaitan.

·         UCC bertanggungjawab mengurus kewangan, logistik Pensyarah / Penyelidik dan urus setia pameran terpilih.

·         Pensyarah / Penyelidik dan urus setia hendaklah menyediakan senarai semak peralatan yang akan dibawa.

·         Pensyarah / Penyelidik dan UCC perlu memastikan syarat pameran dipenuhi sebelum menyertai pameran.

 

                  2.2      Semasa Pameran

·         Pensyarah / Penyelidik dan urus setia yang dilantik hendaklah membuat persiapan awal di tapak pameran sehari sebelum pameran.

·         Pensyarah / Penyelidik dan urus setia bertugas hendaklah bersedia di petak pameran (boothsehingga penghakiman selesai.

·         Urus setia yang bertugas hendaklah berada di pameran (booth) sepanjang pameran diadakan bagi tujuan promosi dan layani pertanyaan daripada pelawat.

·         Pensyarah / Penyelidik dan urus setia perlu mendapatkan maklumat keputusan pemenang. (jika berkaitan)

·         Pensyarah / Penyelidik dan urus setia bertanggungjawab menerima pingat/sijil di majlis penganugerahan atau dapatkan pingat/sijil daripada pihak penganjur.

·         Pensyarah / Penyelidik dan Penyelidik Bersama bertanggungjawab membuat urusan tempahan pingat / sijil tambahan dengan pihak penganjur. Sebarang kos tambahan perlu ditanggung sendiri penyelidik dengan menggunakan peruntukan penyelidikan sedia ada atau dana lain penyelidik.

·         Pensyarah / Penyelidik dan urus setia bertanggungjawab menjaga barang-barang pameran semasa pameran dijalankan.

·         Pensyarah / Penyelidik perlu mendapatkan maklum balas bersama industri atau rakan potensi bagi tujuan pengkomersilan.

 

                   2.3      Selepas Pameran

·         Pensyarah/Penyelidik dan urus setia hendaklah menyemak dan pastikan peralatan yang dibawa lengkap berdasarkan senarai semak peralatan yang disediakan.

·         UCC hendaklah membuat salinan sijil sebelum diberikan kepada penyelidik.

·         UCC hendaklah memasukkan maklumat pameran/anugerah yang diterima dalam data penyelidikan UTeM.

·         UCC bertanggungjawab menyediakan artikel/berita kejayaan penyelidik, selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas tamat pameran.

·         Pensyarah/Penyelidik yang menyertai pameran tanpa diuruskan UCC hendaklah melaporkan kejayaan pensyarah/penyelidik, selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas tamat pameran kepada UCC untuk tujuan rekod dan mengemas kini pangkalan data.

·         UCC akan membuat hebahan di laman web UTeM atau UCC berkaitan aktiviti pameran yang disertai.

·         Sebarang tuntutan kewangan berkaitan pameran akan diuruskan oleh UCC menggunakan peruntukan penyelidikan Pensyarah/Penyelidik atau daripada sumber kewangan UTeM.

 

3.    Apakah konsep program Jejak Inovasi dan UTeMEX?

 

·        Platform awal bagi penyelidik menyertai pameran adalah UTeMEX (tahun ganjil) / Jejak Inovasi UTeM (tahun genap) yang dianjurkan dari masa ke semasa.

·        UTeMEX merupakan satu medium pameran dan pertandingan meningkatkan daya saing para penyelidik, pelajar dan produk penyelidikan UTeM melibatkan COE dengan penglibatan pihak luar (Industri).

·        Manakala Jejak Inovasi UTeM adalah mirip kepada UTeMEX yang bersandarkan COE tetapi berskala kecil tanpa penglibatan pihak luar.

 

4.    Nyatakan syarat-syarat penyertaan program Jejak Inovasi dan UTeMEX?



·        Terbuka kepada semua staf akademik / staf bukan akademik  / pelajar UTeM sahaja.

·        Hanya staf akademik/staf bukan akademik  UTeM sahaja yang boleh dinamakan sebagai Penyelidik Utama jika penyertaan melibatkan pelajar UTeM.

·        Gandingan penyelidik/staf dan pelajar amat digalakkan.

·        Semua produk yang bertanding mesti tergolong dalam salah satu bidang fokus penyelidikan di UTeM iaitu Teknologi Hijau (Green Technology), Interaksi Manusia-Teknologi (Human Technology Intercation), Kejuruteraan Sistem (System Engineering), Teknologi Mendatang (Emerging Technology) dan kategori terbuka.

·        Setiap peserta mesti membawa prototaip (contoh : produk, rangka kerja, perisian, algoritma dll) semasa penjurian  berlangsung. Peserta digalakkan membawa dokumen sokongan yang berkaitan.

·        Kos pembangunan prototaip adalah di bawah tanggungjawab penyelidik / fakulti / PTJ / geran penyelidikan masing-masing.

·        Bilangan penyertaan tidak melebihi 2 produk seorang sebagai ketua penyelidik.

·        Produk mestilah baru atau yang ditambah baik.

·        Setiap produk mestilah melibatsamakan seorang profesor sebagai mentor yang berpengalaman luas dalam kumpulan penyelidikan masing-masing untuk membantu melonjakkan lagi kualiti inovasi tersebut.

·        Pembentangan hendaklah dilakukan oleh ketua penyelidik.

·        Walau bagaimanapun, pembentangan boleh dilakukan oleh pelajar dengan syarat ketua penyelidik atau penyelidik bersama (staf) hadir ketika sesi pembentangan.

·        Keputusan panel hakim adalah muktamad.

 

5.    Apakah kriteria asas penjurian UTeMEX dan Jejak Inovasi?

 

Produk yang dipilih pada dasarnya perlu mememuhi kriteria berikut:

·         Novel (ciptaan baru) dan inovatif

·         Berpotensi tinggi untuk dikomersilkan

·         Produk berasaskan penyelesaian masalah industri dan masyarakat

·         Kesediaan (status) inovasi

·         Telah memohon perlindungan IP melalui UCC

·         Mempunyai bahan penerbitan yang berkaitan

·         Kaedah pembentangan baik yang dapat memikat juri/panel penilai

 

6.    Apakah persediaan penyelidik jika inovasi mereka terpilih ke pertandingan inovasi peringkat dalam dan luar negara?      

 

·         Penyelidik yang terpilih dikehendaki menyediakan draf poster produk inovasi dalam tempoh yang ditetapkan oleh UCC yang juga urusetia UTeM mewakili pertandingan berkaitan dan memaklumkan spesifikasi dan ciri teknikal produk bagi pengurusan logistik dan penempatan produk di tapak ekspo.

·        Penyelidik perlu memastikan produk inovasi tersebut berada dalam keadaaan baik dan berfungsi bagi tujuan penjurian (commercial ready).

·        Segala kos penambahbaikan prototaip ditanggung sendiri oleh penyelidik.

·        Penyelidik perlu membuat pendaftaran penyertaan kepada penganjur pertandingan/pameran dalam tempoh yang ditetapkan oleh penganjur sebaik menerima arahan daripada UCC.

·        Penyelidik utama perlu memberi komitmen tinggi terhadap ketetapan dan peraturan penyertaan seperti yang ditentukan oleh UCC bagi memastikan persiapan dan persediaan di tapak pertandingan berjalan lancar

·        Penyelidik utama dikehendaki berada di tapak pameran sepanjang pertandingan berlangsung.

·        Bagi penyertaan ke luar negara, penyediaan video adalah memadai bagi produk bersaiz besar.

·        Tempahan sijil dan medal tambahan untuk simpanan sendiri atau penyelidik bersama hendaklah diurus dan dibiayai sendiri oleh penyelidik.

·        Walau bagaimanapun, penyelidik dibenarkan untuk membuat tuntutan pembelian sijil dan medal tersebut menggunakan geran penyelidikan penyelidik berkaitan.

 

7.    Apakah kos kewangan (pertandingan anjuran UCC dan UTeM sahaja) yang ditanggung oleh pihak Universiti?

 

·        Universiti akan menanggung segala kos pengurusan yang berkaitan iaitu yuran penyertaan, tempahan booth, tapak pameran, penginapan (twin sharing), cetakan poster, cenderamata serta logistik bagi produk bersaiz besar yang memerlukan pengangkutan.

·        Pengangkutan (sekiranya diperlukan) hendaklah dimohon kepada UCC mengikut tempoh yang sesuai.

 

Desember 2023
A I S R K J S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31